Pintasan
Rolex.org ialah laman web yang dikhususkan untuk komitmen Rolex dalam bidang kedermawanan.
Semua hak milik intelektual seperti tanda dagangan, nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara adalah eksklusif hak milik Rolex.
Akses dan penggunaan laman web ROLEX.ORG (“Laman web”) oleh and adalah tertakluk pada terma dan syarat berikut serta semua undang-undang yang berkenaan. Dengan mengakses dan melayari Laman Web ini, anda menerima tanpa had atau memperakui Perjanjian Terma Penggunaan ini.
Rolex ialah pemilik Laman Web ini. Rolex memiliki atau mempunyai hak terhadap semua kertas dinding, ikon, watak, karya seni, imej, grafik, muzik, teks, video, perisian dan kandungan lain Laman Web ini (“Kandungan”), dan semua HTML, CGI serta kod dan skrip lain dalam sebarang format yang digunakan untuk melaksanakan Laman Web ini (“Kod”). Kandungan dan Kod Laman Web ini dilindungi oleh hak cipta. Kecuali seperti yang dinyatakan di sini, anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, memuat naik, memuat turun, menghantar, menerbitkan semula, memaparkan untuk pengedaran semula kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, ataupun mengedar sebarang Kod atau Kandungan daripada Laman Web tanpa persetujuan bertulis daripada Rolex. Anda tidak boleh menggunakan Kandungan atau Kod daripada Laman Web ini untuk sebarang tujuan selain yang dinyatakan di sini.
Semua nama, logo dan tanda dagangan yang dipaparkan pada Laman Web ini ialah hak milik Rolex. Anda tidak boleh menggunakan kandungan ini dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan atau dengan apa-apa cara lain tanpa kebenaran bertulis daripada Rolex.
Kegagalan anda untuk mematuhi Perjanjian Terma Penggunaan akan menjadi pelanggaran kontrak dan akan melanggar hak cipta, tanda dagangan serta hak harta intelektual dan hak milik Rolex yang lain. Anda dibenarkan mencetak sebahagian kandungan Laman Web ini untuk tujuan bukan komersial sahaja.
Walaupun Rolex berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang tepat dan dikemas kini pada Laman Web, namun Rolex tidak membuat jaminan atau pernyataan berkaitan dengan kandungan Laman Web, yang disediakan “seadanya”. Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, Rolex tidak akan bertanggungjawab dengan apa-apa cara sekalipun atas kehilangan data, pendapatan atau keuntungan sama ada secara langsung, tidak langsung, kebetulan, turutan, ganti rugi punitif dan/atau tuntutan pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan, akses kepada, atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat dan/atau produk yang ditawarkan pada Laman Web atau apa-apa ganti rugi yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini. Selain itu, Rolex tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau virus yang boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan komputer anda atau harta lain disebabkan capaian anda ketika menggunakan atau melayari Laman Web ini atau memuat turun maklumat daripada Laman Web ini.
Ketidaksahan mana-mana terma, syarat atau peruntukan dalam Perjanjian Terma Penggunaan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan bahagian-bahagian Perjanjian Terma Penggunaan tersebut yang dianggap boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang mahkamah yang berkenaan.
Sila baca Dasar Privasi yang akan diguna pakai oleh Rolex dalam menangani apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan.
Rolex tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman yang dipautkan ke atau dari Laman Web ini. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko pengguna sendiri. Rolex boleh menyediakan pautan pada Laman Web ke laman yang lain dan pemasukan pautan tersebut adalah semata-mata untuk memudahkan pengguna. Rolex tidak membuat pernyataan dan menafikan semua jaminan secara nyata dan tersirat tentang ketepatan, kesahan, kesesuaian, ataupun tentang apa-apa bahan atau maklumat yang terkandung pada laman tersebut.
Rolex boleh pada bila-bila masa menyemak semula terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Terma Penggunaan dengan meminda siaran ini. Anda menerima apa-apa pindaan dan hendaklah melawati halaman ini untuk meneliti terma dan syarat semasa yang diguna pakai untuk penggunaan Laman Web ini oleh anda dari semasa ke semasa.
Apa-apa pertikaian ke atas kandungan atau penggunaan Laman Web ini akan ditadbir oleh undang-undang substantif Switzerland dan bidang kuasa serta lokasi tindakan sedemikian hendaklah dihadapkan ke mahkamah biasa di Daerah Geneva sahaja. Terma-terma Perjanjian penggunaan telah dikemaskini Julai 2018.
© Rolex, 2018 Hak Cipta Terpelihara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang Terma Penggunaan ini atau komunikasi anda dengan Rolex, sila hubungi Rolex secara bertulis atau melalui telefon:
Rolex SA
Rue François-Dussaud, 3-5-7
1211 Genève 26 – Switzerland
+41 22 302 22 00