Peschak memulakan kerjayanya sebagai ahli biologi marin sebelum beralih kepada bidang kewartawanan foto apabila menyedari kesan besar cerita dan imej untuk menyampaikan mesej serta membangkitkan empati. Beliau menggunakan fotografi yang menarik untuk menyampaikan penemuan saintifik kepada khalayak yang lebih luas, menjadikannya calon yang ideal untuk menceritakan kisah lembangan Amazon. Berbekalkan pengalaman mendokumentasikan hidupan liar marin, beliau kini menyelami dunia di bawah kanopi hutan hujan. “Daripada bertemu jerung, paus dan penyu laut yang sudah menjadi kebiasaan, kini saya akan menyelam bersama anakonda, pirana dan sloth,” katanya.
Secara umumnya, hutan hujan mendominasi perbincangan tentang Amazon sedangkan pembasmian hutan tidak hanya memberikan kesan terhadap sempadan kawasan pokok. Ekosistem akuatik menjadi nadi kehidupan hutan, manakala pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar pelbagai bidang termasuk ekologi, biologi, hidrologi, klimatologi, geologi dan geokimia kini mengalihkan fokus kepada sistem perairan di wilayah ini.