Pelabuhan Savona di pesisir barat utara Itali dpenuhi pembangunan yang padat. Savona pernah berkembang sebagai pusat industri besi. Namun, bandar pelabuhan itu kini lebih dikenali kerana gereja dan kubu bersejarah yang menarik kehadiran pelancong. Tidak jauh dari pesisir, paus sperma yang merupakan mamalia gergasi terbesar di dunia dapat dilihat di perairan ini.
Paus sperma di lautan boleh mencecah panjang hingga 16 meter, manakala yang hidup di Laut Mediterranean tidak melebihi 13 meter. Dengan saiz dan kekuatan yang luar biasa, mamalia ini merupakan antara haiwan paling mengagumkan di habitatnya. Namun, kelibatnya sukar ditemukan kerana sering menyelam lebih satu kilometer ke dasar laut untuk memburu mangsa seperti sotong.
Walaupun manusia sering mengunjungi kawasan ini, banyak paus sperma memilih untuk berada di Laut Liguria, sebahagian Laut Mediterranean yang mengunjur ke pesisir barat laut Itali. “Mamalia laut ini sangat pintar dengan keupayaan adaptasi yang tinggi,” kata Giulia Calogero, presiden organisasi pemuliharaan laut Menkab. Keupayaan adaptasi itu membolehkan paus sperma hidup berdampingan dengan manusia.